Nissan-Navara-SUV-spyshots-02
Nissan NP300 Navara telah dikesan tetapi dengan kerangka SUV, sedang diuji dan fotonya telah berjaya menjadi intipan lensa jurufoto spyshot ini. Model prototaip ini juga memiliki sedikit persamaan dengan R51 Pathfinder generasi ketiga.
Pada bahagian hadapannya, tidak dinafikan ia memang seiras NP300 Navara, malah berkongsi gril V-motion, lampu utama, lampu kabus dan bentuk bonet yang sama. Malah mungkin prototaip ini turut berkongsi casis kerangka dan suspensi belakang multi-link yang sama seperti Navara.
Dari tiang-B ke atas, ia seakan R51 Pathfinder. Dari bentuk badan berkotak di belakang, termasuk lampu belakang, cermin belakang bampar dan pemegang pintu belakang yang tersembunyi memang iras model tersebut, dalam kerangka SUV. Forf menggunakan separuh rekaan dari Everest sebelum ini, dan digabungkan dengan imej Ranger pada bahagian hadapan hingga ke belakang untuk pasaran Australia.
Buat setakat ini, masih tak banyak perincian yang diperoleh untuk model ini termasuk bilakah ia bakal dipasarkan. Ada juga sumber yang mengatakan, model SUV ini adalah pengganti bagi Nissan Patrol generasi kelima yang masih berada di pasaran untuk versi lebih mewah iaitu V8 Y62 Patrol/Armada.